Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang telah menyempurnakan agama-Nya dan seterusnya menyempurnakan nikmatNya kepada kita serta meredhai Islam sebagai agama. Selawat dan salam semoga tetap dilimpahkan kepada Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, sahabat dan seluruh pengikutnya yang sentiasa beristiqamah sehingga ke akhir zaman. Amma ba’du.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Al-Mumtaz dapat memerangi dan berjihad dalam menghasilkan produk halalan toyibhan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Seperti mana yang diketahui umum hampir 80% daripada makanan yang terdapat di dalam Malaysia adalah daripada sumber yang dikuathiri berunsur syubahah dan tidak menepati tuntutan Syariat Islam

Oleh yang demikian saya dan teman-teman telah mengkaji dengan teliti dan dapat menghasilkan produk-produk kritikal dengan harapan umat Islam dapat menikmati makanan yang benar-benar halal dan menjauhkan diri dari larangan-larangan yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga dengan pemahaman ini kita dapat menjauhi keburukan dan kemudharatan daripada pemakanan yang haram dan syubahah.

Setiap pelanggaran syariat pasti akan menimbulkan mudharat. Menurut Ibnu Qayyim, bahayanya terhadap hati sama seperti bahayanya racun terhadap tubuh menurut tingkatan mudharat yang dilakukan.

Untuk kita selamat dari berbagai kebinasaan dan kerugian, baik didunia mahupun diakhirat, maka tidak ada jalan lain kecuali kembali kepada Allah SWT dengan beribadah kepadaNya, meninggalkan laranganNya dan mengikuti petunjuk Nabi Muhamad SAW agar tercapai kesempurnaan Ubudiyyah.

Namun kita perlu sedari, bahawasanya untuk mencapai kesempurnaan Ubudiyyah, kita perlu taati semua perintah Allah SWT termasuk dalam menjaga makanan dan minuman harian.

Corak pergerakan dunia hari ini jauh berbeza daripada sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Peningkatan penduduk dunia, kepanasan global, gempa bumi, banjir dan kemarau berpanjangan telah mengubah lanskap pertanian. Semakin hari hasil pertanian menjadi semakin berkurangan. Secara amnya, hasil pertanian perlu dikongsi sesama manusia, haiwan ternakan dan binatang liar. Ini menjadikan keadaan semakin getir. Senario ini semakin meruncingkan dengan kepacuan dan penemuan teknologi terbaru dimana hasil pertanian seperti jagung, gandum dan kacang soya digunakan sebagai biodisel bahan pembakar tenaga.

Kemajuan teknologi yang diterajui barat dan negara bukan Islam membimbangkan pengguna Muslim. Dengan terpupusnya bahan mentah asli untuk membuat produk makanan dan minuman, pembuat produk makanan semakin rancak dengan penyelidikan untuk menghasilkan makanan yang diformulasikan dengan bahan kimia serta hasil sampingan binatang terutama dari khinzir yang haram untuk umat Islam.

Kita tidak boleh menafikan umat Islam kini berhadapan dengan cabaran besar dalam memastikan makanan dan minuman harian adalah benar-benar halal seperti yang dituntut dalam agama Islam.

Setiap hari kita terpaksa makan makanan yang jelas haram, baik yang dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam mahupun pengusaha Islam yang tidak prihatin dengan tuntutan agama Islam.

Dengan peningkatan penyakit kronik, keruntuhan akhlak dan moral yang berleluasa di kalangan umat Islam tidak kira usia  muda atau tua, tidakkah kita tertanya–tanya apakah puncanya?

Adakah disebabkan menjamah makanan yang tidak halal maka hati kita begitu degil untuk mendampingi dengan ajaran Islam?

Persoalan ini hanya akan terjawab bila kita kembali merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Memandangkan masalah pemakanan umat Islam berada ditahap yang membimbangkan, maka sudah menjadi Fardhu Ain keatas setiap umat Islam untuk bertindak terhadap masalah ini. Keadaan ini membuatkan saya dan teman-teman terdorong untuk memikul Jihad Mu’amalat ini walaupun terpaksa berdepan dengan seribu macam dugaan dan cabaran.

Kami berkhidmat untuk ummah demi menjaga maruah dan martabat Islam, supaya umat Islam terhindar daripada perbuatan dosa dan maksiat akibat daripada makanan haram.

Alhamdulillah dengan penyelidikan terkini dan terperinci serta izin Allah SWT saya berjaya memformulasikan makanan berfungsi halalan & toyiba berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan perubatan moden.

Buat pertama kalinya di Malaysia kini umat Islam dapat menikmati pelbagai makanan berfungsi tanpa perlu rasa was-was.

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua PENGEDAR DAN PENGGUNA PRODUK AZ-ZAIN yang menemukan kekurangan saya lalu menyempurnakannya. Menemukan kesalahan saya lalu memperbaikinya dan menutupi aib saya dengan mengajukannya kepada saya. Saya tidak akan melupakan jasa kalian sampai akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada saudara-saudari dan semua pelanggan yang sentiasa memberi nasihat lagi amanah.

Terakhir, saya memohon kepada Allah SWT semoga memberi saya petunjuk kepada kebenaran dalam perbuatan dan perkataan. Semoga menjadikan amal ini amal yang ikhlas semata-mata mencari keredahan Allah SWT,  terlepas dari maksud-maksud duniawi dan material yang fana serta kehendak nafsu yang selalu menghasut kepada keburukan dan syahwat. Saya memohon semoga menyimpannya sebagai pahala bagi saya sampai hari pertemuan dengan Allah SWT kelak. Hari yang tiada berguna sedikit pun harta dan anak kecuali orang yang menemui Allah SWT dengan membawa hati yang bersih dari syirik. Saya berlindung kepada Allah SWT dari kesengajaan menyelisihi Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW atau kesengajaan menyimpang dari jalan orang-orang yang beriman saat saya hidup atau setelah saya mati.

Selawat dan salam semoga tetap dilimpahkan kepada Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, sahabat dan seluruh pengikutnya yang sentiasa istiqamah hingga akhir zaman.

signature
Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja