Pengenalan

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melayari website AZ-ZAIN. Di sini anda akan mempelajari dan memahami bagaimana makanan 100% Halalan Thoyiba sampai ke pinggan anda. Anda berhak mendengar cerita sebenar mengenai makanan yang menepati syarat Hallalan Thoyiba ini daripada kami AZ-ZAIN dan saya Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja

Harapan kami agar laman ini dapat menjadi sumber rujukan untuk anda mempelajari bukan tentang produk-produk  AZ-ZAIN tetapi menghayati Fiqh Keutamaan dan Jihad Muammalat supaya kita bersama menjadi hamba hamba yang taat kepada semua perintah Allah SWT.

Insyallah dengan izin Allah SWT  AZ-ZAIN berusaha sedaya upaya untuk terapkan kesemua aspek maqasid syariat (tuntutan agama)  dalam menyediakan makanan  100% Hallalan Thoyiba, yang digelar dalam dunia perubatan sebagai makanan bernutrisi dan berfungsi.

 Umat Islam perlu memerdekakan daripada menjadi hamba kepada kufar musyrikin yang sengaja merancang untuk mencacatkan aqidah Umat Islam dengan meracuni makanan Umat Islam dengan semua bahan bahan yang jelas diharamkan Islam.

Dalam beberapa tahun ini, AZ-ZAIN telah membina reputasi sebagai pembekal makanan hallalan thoyiba  yang dipercayai Sejajar dengan itu, AZ-ZAIN akan sentiasa dinamik walaupun dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Kami juga akan sentiasa menawarkan harga yang berpatutan di dalam keadaan yang menguntungkan semua orang.

Kehidupan yang sihat

Jika kehidupan yang sihat bergantung kepada pengetahuan mengenai tubuh sendiri, maka mengetahui apa yang dimakan dan dari mana ia datang adalah sama pentingnya untuk  menjaga amal ibadah kita supaya  doa dan ibadat kita diterima Allah SWT.

Makanan berfungsi adalah makanan atau komponen pemakanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang melangkaui asas nutrisi. Kita boleh mengawal kesihatan melalui pemilihan makanan, dengan mengetahui sesetengah makanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang lebih spesifik.

Search

Login Form